Assalam & Hai
Hari tok mama ada kureng sikit mood sebab mama tang ada jak sakit gigi ngan sengal-sengal tangan..rasa macam krem semacam jak bila bangun pagi tadik. Tapi xdahal, mama xkisah, semua benda ya akan jadi sweet memori mama satu hari kelak, sebab ya mama molah blog tok, dapat k baca sama-sama ngan babah ngan baby kelak, memang mama kenak tetak babah bila babah baca blog tok..babah ya nang suka nak nyakat orang, kelak baby tolong gigit babah untuk mama keyh? babah suka gilak nyakat mama.huhu. Anyway, terjumpa sigek fakta tok, xtauklah daknya mdh fakta kmk mdh fakta juak, macam interesting jak mun koh.Macam best jak ciptaan tuhan kita kan? hehe :) Sooo cute.
1. Menggeliat
Setiap kali anda bangun daripada tidur, anda akan menggeliat terlebih dahulu. Janin juga begitu. Dia akan mengalami keadaan lenguh selepas beberapa jam tidur bersama ibunya. Gerakan meregangkan otot tubuh itu dilakukan beberapa kali dalam sehari. Perlu diketahui juga, janin yang mengeliat di pagi hari mampu untuk membangunkan anda dari tempat tidur. Aksi janin anda akan lebih dirasai jika ibu berbaring dalam keadaan terlentang.
2. Janin Juga Melakukan Senaman
Bagaimana bentuk senaman janin? Janin akan membuat gerakan meluruskan kaki kanan ke hadapan, diikuti kaki kirinya. Ia juga akan meluruskan tangan ke depan, diikuti tangan kirinya. Ibu pula merasai seolah-olah janin membuat gerakan menendang dan menyiku, walhal janin sedang melatih otot tubuhnya untuk meregang.
3. Menghisap Ibu Jari
Gerakan ini bukan sahaja dilakukan oleh bayi atau kanak-kanak, janin di dalam kandungan juga boleh melakukan aksi sebegini. Selalunya janin akan memasukkan ibu jarinya ke dalam mulut apabila ibunya menikmati makanan yang enak. Janin akan menunggu turunnya zat-zat pemakanan yang diambil ibunya untuk sampai ke aliran darahnya melalui plasenta. Indah bukan fakta ini.
4. Berpusing
Ketika anda sedang sibuk bekerja, janin juga mahu menikmatinya. Ketika itulah ia sibuk menggerakkan kedua-dua tangan. Apatah lagi, apabila ia menganggap tali pusat yang menghubungkan janin dengan ibunya adalah sesuatu benda yang menarik. Ia akan memusing-musingkan tali pusat dan menggunakannya untuk berpindah dari satu posisi ke posisi yang lain.
5. Mengetuk Janin
Keadaan ini boleh dikesan atau menerima tindak balas daripada janin apabila ia telah memasuki usia 24 minggu. Lagi pula, dalam usia ini janin sudah boleh memberi tindak balas kepada usapan tangan kerana sistem saraf pusat di seluruh tubuhnya sudah membesar sehingga ia mampu bertindak balas terhadap rangsangan sentuhan yang sedikit menekan. Tindak balas itu menandakan janin kembali menyapa salam dari ibunya.
6. Gerakan Di Tulang Rusuk
Apabila anda cuba berehat ataupun tidur, janin tidak mahu mengikut. Seolah-olah ia masih mahu bergerak dan bermain dengan cecair hangat ketuban. Gerakan itu adakalanya anda dapat rasai sampai ke bahagian tulang rusuk. Itu bermakna, janin sedang meminta ibunya memberi tindak balas agar membelai dan mengusap tubuhnya dari luar sehingga ia tertidur.
7. Aksi ‘Hormat’
Cuaca hangat di luar juga turut dirasai janin. Misalnya ketika berada di pantai yang terdedah dengan bahang mentari dengan mengenakan pakaian yang nipis dan jarang, janin akan melakukan aksi ‘hormat’ iaitu menutup mata atau kepalanya kerana silau tatkala melihat cahaya yang tembus ke dalam perut.
Sumber : Dari FB Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Jom Hamil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan