Rabu, 25 Disember 2013

Pelengkap Hidupku, Pelengkap Hidupku Di Dunia.

Assalam & Hai

Haritok bukan anniversary, bukan juak birthday or special day, minaknya haritok cuti umum so mama ada peluang mok rilek-rilek santai-santai nulis blog sambil ditemani baby mama yang mama sayang dalam perut mama time tok, tengah nendang-nendang nya kot, goyang-goyang jak perut mama oleh baby eh? hehe  ;) 

Just time tok mama sunyik mala jak ngenang babah, babah balit kampung for a week atas urusan kerja dan atas urusan tanggungjawab babah dgn parent nya, parent mama juak la, parents in law :) Kampung babah jauh nun di Lawas, sebab ya mama xdapat ikot sebab perut mama dah besar, x boleh nait belon agik hehe.

So mama nak ambik masa terluang tok, mama mok ucap jutaan terima kasih kepada babah, sampey haritok segala penat lelah babah jaga mama, karenah mama lagik, lagik-lagik time mengandung tok, mama dilayan babah macam puteri santubong hehe. Serius mama sangat-sangat menghargai pengorbanan penat lelah babah, tuhan jak dapat balas jasa babah. Mama tauk, sepanjang kehamilan mama, mama ada byk ckit probs lah tapi semua ya xjadi beban kepada mama since babah sentiasa ada untuk menenangkan mama. Semoga tuhan merahmati segala perbuatan babah, segala penat lelah babah. 

Mama rindu ngan babah, walaupun bok beberapa hari, xboh beberapa hari, bok beberapa jam mama dah tercarik-carik, maybe sebab mama tok tgh mengandung ka or nang memang mama sentiasa rindu babah hihi :) Mama harap babah dapat menghalalkan segala makan minum, meredhai segala perbuatan mama as your wife, dan sayang babah sentiasa bertambah dari masa ke semasa. Rindu ngan tetak babah tengok Running Man malam before mama tido huhu.



"  bila kau pergi jauh, ingatlah aku,
bila ku disampingmu, peluk tubuhku,
bila kau rindu aku, panggil namaku,
ku datang menemuimu...

peluk erat jasadku, jangan lepaskan,
tetaplah kau disini harungi malam,
kerna hanya dirimu belahan jiwa,
pelengkap ku didunia.... "

Sumber Gambar : Google

Jumaat, 20 Disember 2013

Baby Buat Apa Dalam Perut Mama?


Assalam & Hai

Hari tok mama ada kureng sikit mood sebab mama tang ada jak sakit gigi ngan sengal-sengal tangan..rasa macam krem semacam jak bila bangun pagi tadik. Tapi xdahal, mama xkisah, semua benda ya akan jadi sweet memori mama satu hari kelak, sebab ya mama molah blog tok, dapat k baca sama-sama ngan babah ngan baby kelak, memang mama kenak tetak babah bila babah baca blog tok..babah ya nang suka nak nyakat orang, kelak baby tolong gigit babah untuk mama keyh? babah suka gilak nyakat mama.huhu. Anyway, terjumpa sigek fakta tok, xtauklah daknya mdh fakta kmk mdh fakta juak, macam interesting jak mun koh.Macam best jak ciptaan tuhan kita kan? hehe :) Sooo cute.




1. Menggeliat
Setiap kali anda bangun daripada tidur, anda akan menggeliat terlebih dahulu. Janin juga begitu. Dia akan mengalami keadaan lenguh selepas beberapa jam tidur bersama ibunya. Gerakan meregangkan otot tubuh itu dilakukan beberapa kali dalam sehari. Perlu diketahui juga, janin yang mengeliat di pagi hari mampu untuk membangunkan anda dari tempat tidur. Aksi janin anda akan lebih dirasai jika ibu berbaring dalam keadaan terlentang.

2. Janin Juga Melakukan Senaman
Bagaimana bentuk senaman janin? Janin akan membuat gerakan meluruskan kaki kanan ke hadapan, diikuti kaki kirinya. Ia juga akan meluruskan tangan ke depan, diikuti tangan kirinya. Ibu pula merasai seolah-olah janin membuat gerakan menendang dan menyiku, walhal janin sedang melatih otot tubuhnya untuk meregang.

3. Menghisap Ibu Jari
Gerakan ini bukan sahaja dilakukan oleh bayi atau kanak-kanak, janin di dalam kandungan juga boleh melakukan aksi sebegini. Selalunya janin akan memasukkan ibu jarinya ke dalam mulut apabila ibunya menikmati makanan yang enak. Janin akan menunggu turunnya zat-zat pemakanan yang diambil ibunya untuk sampai ke aliran darahnya melalui plasenta. Indah bukan fakta ini.

4. Berpusing
Ketika anda sedang sibuk bekerja, janin juga mahu menikmatinya. Ketika itulah ia sibuk menggerakkan kedua-dua tangan. Apatah lagi, apabila ia menganggap tali pusat yang menghubungkan janin dengan ibunya adalah sesuatu benda yang menarik. Ia akan memusing-musingkan tali pusat dan menggunakannya untuk berpindah dari satu posisi ke posisi yang lain.

5. Mengetuk Janin
Keadaan ini boleh dikesan atau menerima tindak balas daripada janin apabila ia telah memasuki usia 24 minggu. Lagi pula, dalam usia ini janin sudah boleh memberi tindak balas kepada usapan tangan kerana sistem saraf pusat di seluruh tubuhnya sudah membesar sehingga ia mampu bertindak balas terhadap rangsangan sentuhan yang sedikit menekan. Tindak balas itu menandakan janin kembali menyapa salam dari ibunya.

6. Gerakan Di Tulang Rusuk
Apabila anda cuba berehat ataupun tidur, janin tidak mahu mengikut. Seolah-olah ia masih mahu bergerak dan bermain dengan cecair hangat ketuban. Gerakan itu adakalanya anda dapat rasai sampai ke bahagian tulang rusuk. Itu bermakna, janin sedang meminta ibunya memberi tindak balas agar membelai dan mengusap tubuhnya dari luar sehingga ia tertidur.

7. Aksi ‘Hormat’
Cuaca hangat di luar juga turut dirasai janin. Misalnya ketika berada di pantai yang terdedah dengan bahang mentari dengan mengenakan pakaian yang nipis dan jarang, janin akan melakukan aksi ‘hormat’ iaitu menutup mata atau kepalanya kerana silau tatkala melihat cahaya yang tembus ke dalam perut.

Selasa, 17 Disember 2013

Kehamilan Pertama

Assalam & Hai

Haritok mama maok cerita pasal kehamilan mama yang kenektok dah berusia 33 week. Hai baby kitak dah 33 minggu dalam perut mama. Time tok baby mama x bergerak gilak, tidur kali nya nak, tadik aktif nya. eh? Just tek, lalu nendang baby mama dalam perut mama tok hehe tauk nya mama nya molah story pasal nya.

Okey mama maok cerita pasal kehamilan mama, dapat tauk bila usia kandungan masuk 5 minggu, apabila mama pun piriod lambat 2 hari. Haha ada org madah, "bok lambat 2 ari dah chek?" hehe namalah kita excited, ya jak ditunggu orang untuk yang dah berkahwin kan? 4 Jun 2013 birthday babah, next day nya pagi-pagi mama chek k pregnancy test ya, ada double line, so macam sakai2 sebab first time makey ya, mama pun cam blur2 nebes2 cmyalah, terus mama gerak babah n show ngan babah benda ya, babah x faham mula2 haha..siap tanyak gik "apa ya?".. So yalah moment indah saat mama bok tauk yang mama pregnant! Setelah 6 bulan camyalah usia perkahwinan mama ngan babah. Ya juak hadiah paling makna buat babah. Love u babah. :)

Morning Sickness? Yess benda ya kinek-kinek datang selepas mama tauk n comfirm mama pregnant, pelik cam psikologi ada juak. Malam ya terus mama ngan babah g klinik Healthcare Petra Jaya..jumpa Dr fav mama ngan babah, Dr. Saadiah, so syukur memang comfirm lah malam ya. Start dari ya perlahan-lahan nyawa mama jadi x nyaman, muntah terok, muka lesu, xda semangat langsung, xdapat cium bau macam-macam, kesian babah, tengok muka mama sungut jak, nangis jak-jak hehe. Tapi still babah pemberi nasihat yang paling paling paling kuat, babah penyokong mama, benda ya berterusan n beransur-ansur hilang bila usia kandungan masuk 5 bulan, Alhamdulillah. Dan lepas ya, habis lahhh..pesta makan kata orang haha. Weight mama pun dh nait nait nait nait. Syukur..

Kenektok masuk fasa lain gik, problem time tido, biasalah ya, perut mama dah besar, babah x dpt lawan ngan perut mama lagik, dolok mama kalah sebab perut babah boyot gik haha.xdalah guro jak babah, love u! hehe. So mun dah mama xdapat tido, babah pun x dpt juak tido oleh mama, mala juak mama gerak babah nyuruh angkat mama dr katil, pindah tido d kerusi malas, babah semua molah ya, atur kerusi, alih2 semua benda, even nak bekemeh pun mama gerak babah, thank you babah, macam2 jak karenah mama tok babah oo..piluk juak ati ngenang babah, hehe :) 

Isnin, 16 Disember 2013

First Entry

Assalam & Hai

First entry of mama ngan babah. Haha macam apa jak tajuk, tapi mcm mama maok molah blog tok bah..k kenang-kenangan, sapa jak lain mun mama x lebih2 maok molah blog tok..since kadang-kadang blog tok salah cgek cara k jimat duit tol x? Babah dah kontrol mama sebab mama terlalu gila gilak ngan buku2 comel gitu.Beli-beli jak tapi x juak makey. Bagus terus molah blog kali mama boleh melupakan niat mama untuk meneruskan hobi yang pada masa knektok boleh dipadah buang duit.

Okey hai mun ada sapa-sapa yang baca.mun adalah almaklum dunia internet, kmk molah blog k merakam kenangan since life kmk dah berubah now. Perubahan besarlah nak untuk sapa-sapa yang dari dara or bujang ke status married. So kadang-kadang sayang juak mun x merakan kenang-kenangan ya nak..ni tauk kelak-kelak dapat kita mengimbas kembali, nakka best. 

Lagik-lagik kenektok kmk dah bergelar mommy to be kata orang knektok nak, so kmk nak melangkah selangkah gik kedepan in shaa Allah. Jadi mudahan niat kmk tok istiqamah lah nak.Xmaok lah setengah-setengah jalan. Blog tok kira kmk bercerita kisah kmk ngan hubby ngan anak-anak kelak inshaa Allah. :)